REE pontensi beri impak besar ekonomi Kedah

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Foto: UPDA)
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah menjangka unsur nadir bumi (REE) dijangka menjadi sumber ekonomi baharu menjelang 2024.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, untuk memastikan hasil baharu itu membawa manfaat kepada rakyat melalui perencanakan kutipan hasil.

“Kerajaan negeri merencanakan kutipan sumber hasil yang berdaya maju untuk masa hadapan.

“Usaha itu untuk memastikan hasil baharu tersebut membawa manfaat kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Bajet Kedah 2024, di Wisma Darul Aman, Ahad, hari ini.

Sanusi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang memilih Kedah sebagai projek perintis kedua selepas Perak.

Pemilihan itu ujarnya, meletakkan Kedah sebagai negeri yang berpotensi untuk melaksanakan perlombongan REE dengan anggaran oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sebanyak 250,000 tan metrik.

“Keseluruhan rizab REE di Kedah berjumlah 1.196 juta metrik. Data itu merupakan penerokaan hasil baharu yang bakal diekstrak dalam tempoh masa 10 tahun lagi,” katanya.

Beliau berharap hasil REE berpontensi membawa impak besar kepada ekonomi Kedah.

Beliau juga berkata, kesungguhan kerajaan negeri diterjemah dengan melaksanakan pindaan peraturan mineral, antaranya memasukkan kadar royalti sebanyak 15 peratus bagi karbonat REE. – HARAKAHDAILY 26/11/2023

- Advertisement -