Kedah aktif semula Tabung Tunku Mahmud

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Foto: UPDA)
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengambil langkah mengaktifkan semula Tabung Tunku Mahmud yang dipelopori Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 1 Mei 2008.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sehingga November 2023, seramai 506 pelajar menerima manfaat daripada tabung berkenaan.

“Kerajaan negeri mengambil inisiatif mengaktif semula Tabung Tunku Mahmud setelah kurang aktif sebelum ini,” katanya ketika pembentangan Belanjawan Kedah 2024 di Wisma Darul Aman hari ini.

Menurutnya Tabung Tunku Mahmud berperanan untuk membantu rakyat khususnya anak-anak yatim atau miskin yang tidak berkemampuan melanjutkan pengajian.

Kata beliau tabung terbabit turut mendapat sokongan daripada kerajaan negeri, korporat, individu, anak-anak syarikat kerajaan dan penjawat awam secara sukarela melalui skim potongan gaji.

“Ini idea cetusan Allahyarham Ustaz Azizan ketika menerajui kerajaan Kedah. Allahyarham seorang pemimpin yang mencintai ilmu dan mengutama pendidikan dalam pembangunan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, Tabung Tunku Mahmud menyalur sumbangan kewangan pelajar memasuki universiti, membeli komputer riba, buku, peralatan teknikal dan bantuan lain berkaitan pendidikan tinggi.

Katanya, sehingga November 2023 sebanyak RM1 juta dibelanjakan untuk tujuan sumbangan terbabit.

Menurutnya melalui bantuan itu secara tidak langsung dapat merealisasikan slogan ‘Kedah Negeri Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Berbakti’. – HARAKAHDAILY 26/11/2023

- Advertisement -