Timbalan Exco lancar buku bertema perjuangan Palestin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang menghasilkan karya bagi menyemarakkan unsur-unsur agama, bangsa dan negara.

- Advertisement -

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Kamaruzaman Mohamad berkata, kerajaan negeri menyokong aktiviti penghasilan karya berkaitan bahasa dan sastera.

Katanya selain untuk memperluaskan wadah pengiat-pengiat seni menghasilkan lebih banyak karya, mereka juga boleh mempersembahkan hasil nukilan kepada masyarakat.

“Ini kerana memartabatkan bahasa dan sastera hendaklah seiring dengan sains dan teknologi bagi mewujudkan negara bangsa yang mempunyai jati diri Melayu dan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis pelancaran tiga antologi buku yang diterbitkan Kembara Sastera di sebuah hotel di sini petang semalam.

Buku yang dilancarkan pada majlis bertema perjuangan Palestin iaitu Antologi Dialek Suara Keramat, Kumpulan Cerpen Warna-warna Luka dan Direktori Kembara Sastera.

Kamaruman yang juga Adun Gual Periok berkata, zaman perkembangan teknologi tanpa sempadan sekarang menyebabkan jati diri orang Melayu semakin terhakis. – HARAKAHDAILY 19/11/2023

- Advertisement -