Di mana nak beli beras subsidi macam di Pelangai hari tu? 

- Advertisement -

PELIK dan menyedihkan. Enam pasar raya di Balok dan Beserah yang saya tinjau petang semalam, satu pun tak ada bekalan beras tempatan. 

Ikut logik, setidak-tidaknya 40 ke 50 peratus daripada stok beras di pasaraya sepatutnya beras tempatan. Sebab katanya beras tempatan boleh memenuhi 60 peratus keperluan pasaran. Tak ada pun!

Saya tertanya-tanya juga. Di mana Beras Makmur yang disubsidi Kerajaan Negeri Pahang seperti yang dilihat di Pelangai sebelum ini? Di mana nak beli? Di Pasaraya Darul Makmur milik MUIP pun tak ada.

Nampaknya bekalan beras tempatan masih belum pulih. Bukan beras sahaja. Telur, gula, minyak masak.

Selain menyukarkan dan membebankan pengguna, hal ini juga memberi kesan kepada para peniaga kecil. Mereka sedaya upaya cuba menyerap kenaikan kos supaya dapat mengekalkan harga jualan dan tidak kehilangan pelanggan.

Sudah beberapa bulan perkara ini berlarutan, yang boleh nampak sekarang ini hanyalah siri-siri jualan Rahmah di sesetengah tempat bagi menangani isu bekalan barangan keperluan harian.

Kita harap pihak kerajaan mengambil langkah yang lebih proaktif bagi memastikan bukan sahaja bekalan itu ada, tetapi boleh diakses oleh ahli masyarakat di semua tempat.

YB ANDANSURA RABU
ADUN Beserah – HARAKAHDAILY 10/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -