Tentera rejim Israel terus mengebom pekarangan hospital

- Advertisement -

TENTERA pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas kawasan dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti bandar Gaza, Deir Al-Balah, Jabalia, Khanyounis, Beit Lahia, kejiranan Al-Zaiton, Tel-Hawa, kem pelarian Al-Nusirat dan Al-Shujaia.

- Advertisement -

2. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah rejim zionis Israel seperti di Kisovim, Ashdoud, Nahal Oz dan Sedirot termasuk kedudukan dan pengkalan tentera pengganas rejim zionis Israel di Raim.

3. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di timur Khanyounis, selatan Gaza, Al-Tawam dan Juhr Al-Dik.

4. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus mengebom pekarangan dan kawasan sekitar hospital-hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza seperti Hospital Al-Shifa dan Hospital Kanak-Kanak Al-Nasr.

5. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti Jenin, Baitul Laham, Hebron, Ramallah dan Tubas.

6. Jumlah angka korban warga Palestin di Tebing Barat sejak bermulanya ‘Taufan Al-Aqsa’ pada 7 Oktober lalu telah mencecah kepada 172 orang dengan semalam sahaja seramai 7 orang warga Palestin di Jenin telah terkorban berikutan berlakunya pertempuran sengit antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel. Pertempuran di Jenin terus berlangsung hingga ke saat ini dengan tentera pengganas rejim zionis Israel membawa masuk lebih ramai anggota tentera ke Jenin.

7. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Ramia, Beit Liv, Ramish dan Muhibib.

8. Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken berkata Hamas tidak boleh dibiarkan kekal mendominasi Gaza.

9. Pentagon menyatakan bahawa tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan udara ke atas sebuah fasiliti di timur Syria yang dimiliki oleh Tentera Pengawal Revolusi Iran.

10. Tentera Yaman telah menembak jatuh dron perisikan MQ9 milik tentera Amerika Syarikat yang terbang melewati perairan Yaman.

11. Demonstrasi besar-besar menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlaku di negara-negara di seluruh dunia seperti di Amerika Syarikat, Mesir dan Perancis.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Disediakan oleh:
YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 9/11/2023

- Advertisement -