
KOTA BHARU: Dataran Tajung Mas yang menjadi medan perhimpunan kanak-kanak dan remaja menunjukkan solidariti terhadap Palestin telah dipadamkan.
Pertubuhan Cakna Palestin menyifatkan pemadaman server roblox berkenaan membuktikan Yahudi Israel koyak dan cuak dengan apa yang mereka lakukan.
Eksekutif Kewangan dan Pentadbiran Cakna Palestin, Haziah Fasihah Hamzah berkata, roblox yang dijadikan lokasi demontrasi Palestin itu sebenarnya dicipta pelajar tingkatan tiga berasal dari Muar, Johor.
Katanya roblox mendapat sambutan yang menggalakkan golongan kanak-kanak dan remaja, malah ia turut mendapat pujian dunia.
“Bagaimanapun server berkenaan telah dipadamkan sejak dua hari lalu setelah beberapa hari medan itu berjaya menambat hati remaja untuk bersolidariti,” katanya di sini.
Tambah beliau sikap berkenaan membuktikan Yahudi Israel sebenarnya penakut kerana mereka memerlukan sekutu lain untuk menghadapi kebangkitan rakyat Palestin.
“Kami melahirkan rasa bangga memandangkan roblox berkenaan difahamkan akan diaktifkan semula,” katanya.
Baru-baru ini, tular di media sosial aplikasi berkenaan berjaya mencuri perhatian warga maya di seluruh dunia.
Perhimpunan atas talian tersebut mendapat sambutan mengalakkan kerana ramai pengunjung mempamerkan bendera Palestin.
Selain itu terdapat sepanduk digantung di bahagian tengah pentas yang bertulis ‘Solidarity Untukmu Palestine’.
Selain itu kedengan laungan takbir ‘Allahuakbar’ dalam kalangan mereka. – HARAKAHDAILY 30/10/2023




















