
DEWAN Pemuda PAS Perak mengikuti rapat perkembangan semasa pertempuran melibatkan Palestin dan Israel.
Serangan secara besar-besaran ini telah dilancarkan oleh HAMAS dan Jihad Islami menerusi Operasi Taufan al-Aqsa setelah ketegangan berlaku selama beberapa minggu di sempadan Gaza-Israel.
Kami mengajak seluruh umat Islam di Malaysia untuk sama-sama menyatakan solidariti penuh kepada Palestin dalam usaha yang membebaskan tanah air mereka daripada penjajah yang zalim.
Kami juga menyeru kepada semua umat Islam untuk menunaikan solat hajat dan membaca qunut nazilah untuk saudara seagama yang sedang berjuang bermati-matian demi sebuah kebebasan dan kemenangan yang sedang diusahakan.
Tindakan rejim Zionis Israel yang bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan perlu dihentikan segera dalam usaha mengembalikan semula Palestin kepada pemiliknya yang sebenar.
Wahai umat Islam, usah berpeluk tubuh dan bersikap tidak ambil tahu. Sebaliknya, inilah masa dan peluang untuk kita berpadu membentuk kesatuan demi pembebasan bumi Palestin.
Tiada penafian. Al-Quds adalah milik umat Islam.
YB USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 10/10/2023











