
OPERASI Taufan Al-Aqsa sudah memasuki hari keempat.
Operasi jihad yang dilancarkan oleh pihak HAMAS pada 7 Oktober lalu masih berterusan di sempadan Gaza-Israel.
Ini menunjukkan ‘signal’ kepada Israel malahan kepada dunia bahawa rakyat Palestin akan terus bangkit mempertahankan hak mereka.
PAS Perlis menyambut kenyataan dan arahan dari Tuan Guru Presiden PAS untuk mengajak seluruh umat Islam khususnya rakyat di Perlis untuk kita bersolidariti bersama Al-Quds dengan memperbanyakkan solat hajat, membaca doa qunut nazilah dan bermunajat buat saudara kita di Palestin.
Terus bersama mempertahankan Al-Quds.
YAB MOHD SHUKRI RAMLI
Menteri Besar Perlis
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
25 Rabi’ al-Awwal 14445 / 10 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 10/10/2023
- Advertisement -











