Gara-gara projek 5G, satu Malaysia tak dapat 5G lagi!

KJ persoal tatakelola PMX berkenaan isu 5G

- Advertisement -

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) dipetik mempersoalkan tadbir urus serta tata kelola Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan peralihan dasar 5G negara. 

Di dalam podcast beliau, Keluar Sekejap Episod 56, Khairy dan Shahril Hamdan telah memetik ucapan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa peralihan dasar 5G negara dari Rangkaian Borong Tunggal (Single Wholesale Network) kepada dwirangkaian 5G (Dual Wholesale Network) akan membolehkan penyertaan yang lebih berkesan oleh gergasi telekomunikasi China, Huawei, sekali gus memberikan Malaysia keseimbangan antara teknologi Barat dan Timur.

“Ini adalah Perdana Menteri negara kita basically saying – okay, we open up the second network bukan atas hujah-hujah yang Fahmi Fadzil semua kata but basically because kita nak bagi kat kamu, Huawei. KJ, saya rasa it’s problematic of multiple levels.” ujar Shahril Hamdan.

Di dalam perbincangan mengenai perang semikonduktor atau ‘Chip War’, KJ dan Shahril bertukar pendapat mengenai peranan Malaysia di dalam mengimbangi permintaan dari kuasa-kuasa besar, termasuklah China. Namun, adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak mengenepikan hak rakyat mengenai akses dan kualiti 5G, hanya semata-mata untuk memuaskan hati pihak berkepentingan.

Khairy dipetik berkata “So katalah pertimbangan kerajaan kita adalah chip war ini nak mengimbangi antara Amerika Syarikat dan juga China, dan nak bagi peluang kepada Huawei untuk terlibat sebab kita di Malaysia ni strategic neutrality. Hedging. Kita tak nak bersama dengan US saja, kita nak baik dengan China juga sebab kita tak nak elephant-elephant kita terpijak. Kita nak dua-dua elephant kita okay. So sepatutnya janganlah pecah rahsia, tak payahlah pecah rahsia. Adjust, adjust. Nanti bila peluang dia tiba 80 peratus dah di buat, single wholesale network buka kepada dual wholesale network, buatlah beauty contest, buatlah RFP dan sebagainya Huawei dapat, okay understood. Faham, orang pun faham isyarat jelas bahawa Malaysia strategic neutrality tetapi nampak tak obvious sangatlah. Bagi saya ini agak obvious. Satu, ini agak obvious.”

“Orang akan soal why do the process in first the place? Yang kedua, untuk sebuah kerajaan dan seorang Perdana Menteri yang bertata kelola, this is not good lah. This is not good.” – ulas Khairy lagi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak ICT Malaysia 2023 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur telah mengakui dan mengesahkan kebimbangan beberapa negara mengenai ‘keselamatan dan kapasiti’ teknologi yang berasal dari China, namun tetap berkeras untuk membenarkan rangkaian 5G kedua oleh Huawei agar Malaysia dapat mendapat manfaat daripada teknologi yang berbeza.

“Selepas perbincangan yang mendalam… kami membuat keputusan untuk membenarkan dwirangkaian 5G, dan dengan itu keputusan untuk penyertaan yang lebih bermakna oleh Huawei.” – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekiranya ini benar – maka usaha Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil untuk merasionalkan peralihan dasar 5G negara selama ini jelas sia-sia. Kerana apa yang dimahukan sejak awal lagi adalah memberikan projek pembangunan infrastruktur 5G negara ini, bukannya kepada pembida yang telah menang secara telus dan kompeten, tetapi kepada firma pelobi China yang gemar menggunakan pintu belakang untuk mendapatkan apa yang dihajati. 

Keghairahan para pemimpin negara dengan China dan tawaran duniawinya telah memberi pelbagai kesan kepada segenap rakyat; dari akses dan kualiti 5G negara, kedaulatan dan keselamatan perairan negara di Laut China Selatan, eksploitasi perlombongan nadir bumi secara haram dan besar-besaran, malah turut mengundang risiko  penjajahan ekonomi.

Rujukan: 

1. Malaysia’s switch to dual 5G network can allow participation of China’s Huawei, prime minister says | Reuters

2. PTPTN, GDP Malaysia, Huawei, GEG UK – YouTube

- Advertisement -

FAIZOL ABDUL HALIM
Pembangun perisian bebas – HARAKAHDAILY 10/10/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -