
BENTONG: Penerimaan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai terhadap calon PERIKATAN NASIONAL amat baik.
Justeru, calon PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai, Cikgu Kasim Samat menyeru para petugas supaya meneruskan usaha menarik sokongan para pengundi sehingga hari mengundi pada 7 Oktober ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih dan menghargai kehadiran para petugas PERIKATAN NASIONAL sama ada dari negeri ini mahupun seluruh negara.
“Saya ucap terima aksih kepada kehadiran sahabat-shabat yang membantu PERIKATAN NASIONAL di DUN Pelangai sama peringat DUN, kawasan negeri Pahang dan negeri-negeri lain,” ujarnya semasa ditemui di Simpang Pelangai, semalam.
Menurutnya, berdasarkan culaan dan tinjauan mendapati penerimaan masyarakat di DUN Pelangai kepada PERIKATAN NASIONAL sekarang amat baik.
“Culaan kita setakat ni bagus tapi kemungkinan taktik-taktik yang digunakan pihak sebelah sana mungkin culaan itu akan berubah. Jadi teruskan usaha sehingga hari pengundian nanti,” ujarnya yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong.
Cikgu Kasim juga menyeru para petugas supaya sentiasa cekalkan hati dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang kempen PRK DUN Pelangai.
“Kepada sahabat-sahabat yang membantu, cekalkan hati kerana masa (kempen) 14 hari tu tak banyak, jangan fed-up,” katanya lagi.
Menerusi beberapa aktiviti kempen yang telah dilaksanakan selepas sahaja proses penamaan calon selesai, masyarakat DUN Pelangai memberikan sambutan positif kepada PERIKATAN NASIONAL.
Mereka turut sama terlibat menjayakan aktiviti yang telah dijalankan itu seperti aktiviti berbasikal dan Himpunan Anak Gayong 2.0 di Dataran Purnama, Simpang Pelangai, semalam. (Foto bawah)
Selaku Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGMK) Negeri Pahang, Cikgu Kasim mendoakan ilmu persilatan itu tetap diteruskan dan tidak ditelan zaman.
“Kitalah yang akan mewarisi seni mempertahankan diri ini bersama, insya-Allah,” tambahnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula penamaan calon Sabtu lalu hingga jam 11.59 malam 6 Oktober.
SPR juga telah menetapkan pengundian awal pada 3 Oktober ini.
PRK DUN Pelangai diadakan kerana kekosongan kerusi luar jangka susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu. – HARAKAHDAILY 25/9/2023




















