
DUA parti tertua yang menjadi tumpuan dan harapan.
Tahun ini, Umno akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-77. Manakala PAS akan menyambut ulang tahun ke-72.
Menuju 100 tahun penubuhan, Umno dan PAS jelas menunjukkan prestasi yang berbeza.
Berikut adalah jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi Umno dan PAS sejak PRU-1 hingga PRU-15,
Umno
PRU-1 (1959) : 52 kerusi
PRU-2 (1964) : 59 kerusi
PRU-3 (1969) : 52 kerusi
PRU-4 (1974) : 62 kerusi
PRU-5 (1978) : 70 kerusi
PRU-6 (1982) : 70 kerusi
PRU-7 (1986) : 83 kerusi
PRU-8 (1990) : 71 kerusi
PRU-9 (1995) : 89 kerusi
PRU-10 (1999) : 72 kerusi
PRU-11 (2004) : 109 kerusi
PRU-12 (2008) : 79 kerusi
PRU-13 (2013) : 88 kerusi
PRU-14 (2018) : 54 kerusi
PRU-15 (2022) : 26 kerusi
PAS
PRU-1 (1959) : 13 kerusi
PRU-2 (1964) : 9 kerusi
PRU-3 (1969) : 12 kerusi
PRU-4 (1974) : 13 kerusi
PRU-5 (1978) : 5 kerusi
PRU-6 (1982) : 5 kerusi
PRU-7 (1986) : 1 kerusi
PRU-8 (1990) : 7 kerusi
PRU-9 (1995) : 7 kerusi
PRU-10 (1999) : 27 kerusi
PRU-11 (2004) : 7 kerusi
PRU-12 (2008) : 23 kerusi
PRU-13 (2013) : 21 kerusi
PRU-14 (2018) : 18 kerusi
PRU-15 (2022) : 43 kerusi
Selepas 61 tahun berkuasa, Umno tumbang dan menjadi pembangkang buat kali pertama pada PRU-14.
Pada PRU-15, Umno sekali lagi dihukum dengan sekadar tinggal 26 kerusi Parlimen seterusnya kalah 89 kerusi DUN. Terendah sepanjang 76 tahun penubuhannya.
Umno di bawah Zahid Hamidi telah mencatatkan rekod yang mendukacitakan. Ia bukan sahaja rosak bahkan tidak dipulihkan.
Adalah tidak mustahil Umno yang sudah tersasar dari perjuangan Alif, Ba, Ta ini akan terus terkubur dihukum rakyat pada PRU-16 kelak sebelum sempat ia menyambut ulang tahun ke-100.
Episod berbeza sedang dilalui oleh PAS.
Sudah terbiasa tewas namun terus istiqamah berjuang dalam medan politik, PAS tanpa putus asa menambahbaik parti mereka sehingga mendapat tempat di hati rakyat.
PAS berjaya menang dan mengekalkan kemenangan di negeri yang ditadbir.
Selepas berpuluh tahun menjadi pembangkang, PAS akhirnya diberi peluang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan pada 2020.
Dengan rekod cemerlang yang ditunjukkan, PAS melangkah gagah pada tahun 2023 dengan rekod 43 Ahli Parlimen dan menjadi parti yang mempunyai kerusi terbanyak. Satu sejarah yang indah sepanjang 72 tahun penubuhannya!
Semestinya kemenangan ini bukan pengakhiran bagi perjuangan PAS kerana ini hanyalah sebahagian daripada peta jalan untuk melaksanakan matlamat Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051.
28 tahun yang berbaki perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh PAS bagi menjayakan cita-cita besar ini.
Insya-Allah, WINS 2051 akan menjadi hadiah buat PAS pada ulang tahun penubuhannya yang ke-100.
Sekian.
YB AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Timbalan Ketua Pemuda PAS
Ahli Parlimen Alor Setar
7 September 2023 – HARAKAHDAILY 7/9/2023











