
KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, dapat menziarahi ummi yang masih sihat pada usia beliau 82 tahun,” ujar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.
- Advertisement -
Menteri Besar Terengganu itu memetik ungkapan bondanya yang menyentuh hatinya: “Tahniah. Hati ummi gembira jumpa anak jantan, walau hanya dapat tengok anakanda dalam TV sahaja akhir-akhir ini…”.
“Ummi saya sampaikan salam pada semua kenalan dan saudara-mara yang mengenali beliau,” katanya lagi.
Menurut beliau, ibunya itu bergilir-gilir berada di Selangor, Kuala Lumpur atau Fujairah UAE sejak lebih 30 tahun lalu bersama anak-anak setelah bapa mereka meninggal dunia.
“Ummi, doakan anakanda selalu, ya,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 25/8/2023











