Takziah buat keluarga mangsa nahas pesawat

Foto daripada video viral.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah buat seluruh keluarga mangsa korban dalam nahas pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi.

- Advertisement -

“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” ujarnya dalam hantaran di laman sosial beliau, malam ini.

Presiden Brsatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas kapal terbang itu.

Katanya, beliau amat sedih mendengar berita itu dan berharap keluarga mangsa tabah dan sabar dalam menghadapi ujian yang perit itu.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berharap semoga urusan pasukan penyelamat dan mangsa yang terlibat dipermudah.

“Marilah kita berdoa agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/8/2023

- Advertisement -