Serangan hebat PH-BN tidak gugat rakyat Kedah julang PN

Afnan Hamimi Taib Azamudden
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kemenangan besar PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah semalam dianggap begitu getir kerana berdepan serangan hebat pemimpin kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Ahli Parlimen Alor Setar, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, kemenangan itu tidak dinafikan kerana pertolongan Allah Taala sehingga begitu cemerlang.

- Advertisement -

“Alhamdulillah kemenangan pada kali ini lebih hebat dan dahsyat berbanding pilihan raya lepas kerana mendapat majoriti lebih besar.

“Insya-Allah jika tiada apa-apa halangan, nama Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan diangkat ke istana untuk diperkenankan Tuanku sebagai Menteri Besar Kedah,” katanya pada himpunan di Kompleks PAS Kedah (KOMPAS) di sini malam tadi.

Katanya lagi, kemenangan itu juga menunjukkan rakyat menolak pemerintahan PH-BN dan menerima PN untuk mentadbir Malaysia pada masa akan datang.

“Tak padan dengan serangan musuh dan pelbagai perancangan yang mereka lakukan, tetapi aturan Allah telah menewaskan perancangan mereka.

“Kemenangan ini adalah anugerah Allah, panjatkan pujian kepada Allah bagi mentadbir negeri Kedah,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/8/2023

- Advertisement -