Kakistocracy is back

- Advertisement -

JIKA demokrasi terbina dari perkataan demos (rakyat) dan kratos (pemerintahan), terma kakistokrasi ini pula berasal dari kakistos (buruk) dan kratos (pemerintahan).

Istilah kakistokrasi ini telah diperkenal pada 1644 dalam ucapan Paul Gosnold dan kemudian digunakan secara meluas oleh penulis serta ahli akademik dalam mengkritik sistem politik yang teruk.

Boleh baca tulisan Thomas Love Peacock yang menerangkan perbezaan kakistokrasi dan aristokrasi, tulisan John Martineau yang mengkritik pemerintah Australia, tulisan Thos. W. White dalam membela nasib orang kulit hitam, tulisan AS William Harper dan lain-lain yang banyak diterbitkan pada abad ke-18.

Penulis The Washington Post walau bagaimanapun menyifatkan perkataan yang berusia lebih 300 tahun itu menjadi popular dan mendapat carian tertinggi apabila Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 2016.

Manakan tidak, Trump dengan gaya pentadbiran populis yang anti-intelektual dan anti-sains membuatkannya tidak layak menjadi Presiden AS sehingga AS jatuh ke tangan kakistos (terburuk).

Sejak itu, AS di bawah Trump telah dijadikan ‘lambang’ kerajaan kakistokrasi

Bak kata Norm Ornstein, “Kakistocracy is back, and we are experiencing it firsthand in America”.

Negara lain juga tidak terlepas daripada menggunakan istilah ini seperti Brazil ketika di bawah pemerintahan Jair Bolsonaro, termasuk juga Malaysia ketika di bawah BN-PH. 

Sekian. 

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 4/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -