
KOTA BHARU: Ribuan anak muda berhimpun di Dataran Warisan sempena petang tadi sempena pelancaran jentera pilihan raya PERIKATAN NASIONAL (PN) malam ini.
Program santai anak muda turut menampilkan persembahan dikir barat menarik perhatian anak muda yang berhimpun sejak Asar.
Sebelum itu golongan wanita menghadiri persembahan busana muslimat yang diadakan di dewan Kelantan Trade Center. Hadir sama isteri arwah Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Puan Sri Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Menjelang pelancaran jentera pilihan raya diadakan kuliah Maghrib disampai bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.
Orang ramai memenuhi khemah besar tempat berlangsung program menunaikan solat Maghrib biarpun langit agak mendung menjelang Maghrib.
Ustaz Mokhtar berkata, rakyat Kelantan wajib mempertahankan kerajaan Islam yang diketuai ulama sejak tahun 1990.
“Kerajaan Melayu di kepulauan nusantara terdapat beratus pada zaman lampau, lebih banyak berbanding kerajaan yang ada di Eropah dan Tanah Arab ketika itu,” katanya.
Menurutnya juga kerajaan menjadikan kuat apabila menjadikan Islam sebagai tunjang utama pentadbiran. – HARAKAHDAILY 24/6/2023




















