Masalah air di Selangor berpisah tiada

- Advertisement -

KOTA BHARU: Selangor negeri termaju di Malaysia juga tidak terlepas masalah bekalan air yang dianggap sudah sebati dengan rakyat negeri itu sejak dahulu lagi.

- Advertisement -

“Tetapi peliknya apabila sebut masalah air ada pihak cuba kaitkan dengan Kelantan. Sedangkan bukan sahaja Kelantan berdepan masalah air.

“Masalah air di Selangor bagaikan berpisah tiada biar pun sebagai sebuah negeri maju di negara kita.

“Pernah saya terpaksa mengarahkan Bomba untuk membantu salurkan air ketika berkhidmat sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” kata bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar pada Program Sembang Santai sempena Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera, di Dataran Warisan malam tadi. (Foto atas)

Program itu turut menampilkan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, manakala Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kamaruzaman Mohamad bertindak sebagai moderator.

Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Wan Roslan Wan Hamat dan anggota Exco Dato’ Mumtaz Md Nawi.

Begitu juga kata Noh masalah banjir sebelum ini diberi gambaran hanya berlaku di Kelantan sahaja.

Katanya sekarang sudah bertukar Selangor juga dilanda banjir sehingga lebih kerap berbanding Kelantan.

“Menteri Kerajaan Madani mengumumkan rancangan menanam padi lima kali dua tahun, sedangkan perkara itu sudah lama dilaksanakan,” ujarnya.

Menurutnya juga banyak perkara yang diumumkan kerajaan Malaysia Madani sekarang sudah dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Antaranya kata beliau bantuan bagi membina perumahan untuk nelayan melibatkan peruntukan RM300 juta dbina di seluruh negara termasuk di Tumpat Kelantan.

Oleh itu, kata beliau siapa sahaja yang mentadbir Kerajaan Pusat menjadi tanggungjawab untuk menyalur peruntukan tanpa mengira fahaman politik. – HARAKAHDAILY 23/6/2023

- Advertisement -