Kapal berkuasa nuklear AS singgah di Vietnam

- Advertisement -

HANOI: Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear Amerika Syarikat (AS), USS Ronald Reagan akan singgah di bandar pelabuhan Danang, Vietnam pada 25 Jun ini.

Lawatan yang jarang berlaku membabitkan kapal perang AS ke negara Asia Tenggara itu menghangatkan ketegangan antara AS dan Beijing di Laut China Selatan.

- Advertisement -

Media tempatan melaporkan bahawa jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Vietnam menyatakan bahawa kapal itu dijangka tiba pada petang Ahad dan berlabuh di Danang sehingga 30 Jun.

Lawatan USS Ronald Reagan bermakna adalah kali ketiga kapal pengangkut pesawat AS berkunjung ke negara itu sejak Perang Vietnam berakhir.

Pada 2020, USS Theodore Roosevelt singgah di Vietnam sebagai mengingati 25 tahun Perang Vietnam yang berakhir pada 1975.

Tahun ini, Washington berusaha untuk meningkatkan hubungan rasmi dengan Vietnam ketika pertikaian yang kerap berlaku antara antara Hanoi dan Beijing berhubung sempadan di Laut China Selatan. China mendakwa memiliki perairan itu hampir keseluruhannya, termasuk zon ekonomi eksklusif Vietnam dan negara lain rantau ini.

Kapal pengangkut pesawat AS kerap melalui laut yang kaya dengan sumber tenaga yang juga laluan penting perdagangan global.

Kementerian Pertahanan Taiwan, Rabu lalu, menyatakan bahawa kapal pengangkut pesawat China, Shandong dan sekumpulan kapal pengiring belayar ke selatan melalui Selat Taiwan yang sensitif. – REUTERS

- Advertisement -