
HARI ini, genap 3 tahun pentadbiran Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengemudi kerajaan negeri Kedah.
Banyak penambahbaikan yang dilakukan oleh beliau dan barisan pentadbiran kerajaan negeri yang bekerja keras membela nasib rakyat Kedah demi merealisasikan gagasan “Kedah Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Menabur Bakti” dan menuju misi “Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni” menjelang tahun 2035.
Tahun ketiga pentadbiran, cabaran demi cabaran ditempuhi dengan tenang.
Kejayaan yang sangat membekas di hati rakyat ialah apabila 5,417 geran hak milik tanah telah diberikan kepada para pemohon yang sudah berpuluh-puluh tahun memohon.
Dalam aspek pelaburan, Kedah masih mengungguli dengan memperolehi RM68.3 bilion pada tahun 2021, RM7.34 bilion hasil pelaburan pada tahun 2022 yang membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Kedah.
Program pembangunan bakat NCER dan inisiatif pembangunan taman perindustrian adalah bukti komitmen untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti dan menggalakkan inovasi serta pertumbuhan ekonomi di Kedah.
Selain itu, projek menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) merangkumi LRA Lubuk Buntar, LRA Bukit Selambau, LRA Sungai Limau, LRA Baling, LRA Jenun Baru dan LRA Pelubang adalah yang akan siap tidak lama lagi akan menyelesaikan masalah air penduduk di negeri Kedah ini.
Terdapat juga pelbagai projek penting lain yang sedang dibangunkan dan akan siap tidak lama lagi bakal merubah landskap ekonomi negeri ini.
Semoga YAB Dato’ Seri Mentari Besar Kedah diberi kekuatan untuk terus memimpin negeri Kedah dan dapat merealisasikan semua perancangan demi membawa seribu satu kebaikan untuk rakyat. – HARAKAHDAILY 17/5/2023











