Kilang haram di Bukit Ibam?

- Advertisement -

MENGAMBIL maklum bahawa terdapat sebuah kilang beroperasi di Bukit Ibam yang menjalankan kerja membakar bateri.

Asap pembakaran telah terhidu hingga ke perkampungan Orang Asal Buluh Nipis dan dikhuatiri terjadi pencemaran udara.

Bimbang juga hasil pembuangan ini mengalir ke sungai terdekat.

Adakah kilang ini beroperasi di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Ibam? Apakah tidak ada tindakan daripada Jabatan Perhutanan?

Maklumat daripada orang tempatan bahawa kilang ini pernah disita oleh Jabatan Alam Sekitar, tetapi kini beroperasi semula.

Pihak berwajib perlu mengambil serius terhadap isu ini kerana berkemungkinan membahayakan penduduk setempat dan yang lebih malang lagi Hutan Simpan Bukit Ibam boleh diceroboh sesuka hati oleh pihak atau dalang-dalang tertentu.

Jika kilang ini beroperasi dengan melanggar kesalahan tertentu, kita minta disita dan diheret mereka ini dengan hukuman setimpal.

Pemuda PAS Rompin akan bertindak lebih agresif jika perkara ini tidak diselesaikan oleh pihak berwajib.

Sekian,

PEMUDA PAS KAWASAN ROMPIN
12 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 12/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -