‘Impossible is nothing’

- Advertisement -

SEMASA Hari Raya, kami sekeluarga telah pergi beraya di rumah kawan sekolah anak saya. Ayahnya adalah seorang arkitek dan kami belajar di tempat yang sama di Hull tetapi dia junior saya jadi kami tidak sempat berjumpa.

Kami telah berbincang mengenai anak-anak kami yang tidak ada seorang mengikuti kami menjadi arkitek. Dia kata tidak boleh paksa kerana jika seseorang tidak ada ‘great imagination’ tidak boleh mengikuti kursus Architecture. Memang benar. Seorang arkitek mesti kreatif dan memiliki impian yang besar. Kadang-kala kelihatan mustahil, susah hendak difahami orang dan menyusahkan orang (terutamanya engineer). 

Bila saya memasuki politik semangat ini turut saya bawa yang memeningkan kepala kawan-kawan. Semangat ‘impossible is nothing’ (Ingat Adidas) atau mahu melakukan yang mustahil (wanting to do the impossible) merupakan trademark saya. Pegawai-pegawai kerajaan ketika saya Exco pun ada yang pening. Tetapi akhirnya mereka memahami.

Dalam politik saya nampak perbezaan di antara kawan-kawan yang arkitek dan yang engineer. Arkitek memiliki imaginasi yang tiada had tetapi yang engineer agak ‘rigid’ (keras). Maaf kepada para engineer. Tetapi lawyer lagi kreatif. Yang betul boleh jadi salah dan salah boleh jadi betul.

Tetapi buat apa hendak berfikir cara ‘biasa-biasa’? Kena ambil risiko. No pain no gain. Kalau takut lebih baik jadi lesung batu. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan mereka yang tidak mampu sebab mereka tidak dilatih untuk menjadi kreatif atau mempunyai impian. 

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH) – HARAKAHDAILY 10/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -