PAS Sandakan tumpu gerak kerja di Dun Sungai Sibuga

- Advertisement -

SANDAKAN: PAS Zon Sandakan memberi tumpuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Sibuga bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) pada masa akan datang.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Sahar Abdul Majid berkata, tumpuan diberi di Dun tersebut dengan mengambil kira majoriti pengundi dalam kalangan kaum Melayu iaitu 80 peratus, ada potensi PAS meraih kemenangan sebagai mewakili Perikatan Nasional (PN).

“Kemenangan di Dun Sungai Sibuga boleh menjadi pencetus kemenangan PAS di kawasan lain, lagi pun kami tidak pernah ketandusan pemimpin pelapis di sini,” katanya pada Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Zon tersebut di SERI Ar-Raudah hari ini.

Hampir 100 pemimpin PAS tempatan menyertai himpunan tersebut sebagai gerak kerja awal bagi menghadapi PRN.

Mohd Sahar yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan berkata, petugas pilihan raya PAS mesti terus istiqamah dan sentiasa mendekati masyarakat sebagai sebahagian gerak kerja pilihan raya.

Sementara itu Ketua Muslimat Sabah, Norsah Bongsu turut menginggatkan muslimat supaya selalu hadir ke program anjuran parti supaya dapat memahami dan mengelakkan keciciran maklumat.

Manakala Yang Dipertua (YDP) PAS Libaran, Abdul Wara memberitahu usaha mencari dana kewangan pilihan raya telah digerakkan untuk memastikan kelancaran gerak kerja PRN.

YDP Batu Sapi, Ahmad Naufal turut menginggatkan semua jentera dapat memberi kerjasama sepenuhnya bagi mendepani PRN untuk memastikan gerak kerja PAS lebih menyeluruh di Dun Sungai Sibuga. – HARAKAHDAILY 7/5/2023

- Advertisement -