Semua dijemput meriahkan Rumah Terbuka PAS Pusat

- Advertisement -

ALOR SETAR: Semua rakyat dijemput hadir untuk memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah, 6 Mei (Sabtu) ini.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, majlis itu terbuka kepada semua dan bukan hanya tertakluk kepada ahli PAS sahaja.

“Datanglah beramai-ramai tak kira ahli PAS, penyokong, pendukung mahupun tidak berparti termasuk rakan-rakan PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk memeriahkan majlis ini.

“Jamuan akan bermula kira-kira jam 12.00 tengah hari,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat turut mengalu-alukan kehadiran pengunjung seluruh negara.

Ujarnya, semua pemimpin bermula daripada Ahli Majlis Syura, Mursyidul Am, presiden, timbalan, naib-naib dan seluruh ahli jawatan PAS Pusat termasuk dewan-dewan akan berkampung di Kompleks PAS Kedah menyambut para hadirin.

Pelbagai menu katanya disediakan untuk santapan para pengunjung antaranya, nasi daging, laksa Kuala Kedah, ketupat, lemang, kuih-kuih tradisional dan bergoreng serta lain-lain.

“Mai jangan tak mai, kami sedia menunggu kehadiran semua,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 3/5/2023

- Advertisement -