Annuar masih aktif politik, hanya dibuang daripada Umno

- Advertisement -

KOTA BHARU: “Saya akan berhaluan ke arah parti politik yang lebih baik,” demikian kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

- Advertisement -

Beliau ketika ditemui hari ini memberitahu belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Justeru itu katanya, seharusnya tidak timbul sebarang isu sama ada beliau pencen dalam arena politik, sebaliknya menegaskan beliau hanya dibuang dari Umno dan masih aktif dalam politik.

“Saya belum pencen, tidak timbul isu untuk kembali aktif. Saya hanya dibuang daripada Umno. Saya aktif, cuma dua tiga bulan lepas saya tumpu kepada hal peribadi. Saya belum pencen, dan insya-Allah selepas ini akan lebih aktif.

“Dari segi parti mana yang saya akan sertai kita tengoklah sehari dua lagi memandangkan kita masih dalam suasana raya, jadi kalau bab politik kita kurangkan sikit,” katanya kepada pemberita ketika hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Uataz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan kepimpinan tertinggi PAS pusat dan Kelantan.

Ketika ditanya mendapat jemputan Rumah Terbuka Malaysia Madani, Annuar berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang jemputan.

“Saya tidak menolak untuk menerima jemputan serta menghadiri sekiranya ada berkelapangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/4/2023

- Advertisement -