3 juta hektar Tanah Simpanan Melayu `hilang’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan sama ada bercadang untuk mengganti semula baki Tanah Simpanan Melayu (TSM) yang diambil dan dijual kerajaan seluas hampir 3 juta hektar.

Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) berkata, tanah itu perlu diganti semula dengan tanah lain yang mempunyai nilai dan keluasan yang sama.

- Advertisement -

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang itu, kerajaan negeri dan kerajaan Pusat mempunyai tanggungjawab memastikan TSM tidak dicabuli, dicerobohi, dilupuskan atau diambil tanpa diganti.

Katanya, kerajaan perlu menyekat TSM di kawasan simpanan Melayu dari dikompromi melalui sebarang bentuk runding niaga.

Hal ini kerana beliau bimbang jika akhirnya tanah simpanan ini sebahagian besarnya akan dikuasai oleh orang asing, katanya semasa membahaskan Belanjawan 2023, di Dewan Rakyat, hari ini.

Muhammad Fawaz juga meminta kerajaan menjelaskan sama ada bercadang untuk medesak kerajaan negeri, mengambil balik TSM yang dikenal pasti telah bertukar milik kepada bukan Melayu kerana menurutnya situasi itu telah melanggar undang-undang.

Kelantan merupakan negeri tertinggi memiliki TSM dengan keluasan hampir 86.1 peratus berdasarkan fakta pada 2018, diikuti Kedah.

“Negeri lain berada bawah pada 50 peratus, Perak (45.3 peratus), Negeri Sembilan (34.01 peratus), Selangor (20.4 peratus), Pahang (11.4 peratus) Kuala Lumpur dan Putrajaya (3.41 peratus),” katanya. – HARAKAHDAILY 3/7/2023

- Advertisement -