Sumbangan PAS Jasin untuk sesi baharu sekolah

- Advertisement -

“WALAUPUN mungkin sumbangan ini tidak seberapa, tetapi inilah menjadi bukti akan usaha PAS Kawasan Jasin untuk membantu semampu yang mungkin.”

“Saya tidak mahu ada anak-anak kita yang keciciran dalam pendidikan, kita mahukan semua mendapat hak yang sepatutnya.”

Pagi semalam, saya telah hadir dan merasmikan program Majlis Sumbangan Back To School 2023 anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Jasin bertempat di KOMPAJ. 

Alhamdulillah, ramai golongan sasar yang mendapat manfaat daripada program ini. 

Dalam kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang, sedikit sebanyak membantu dan meringankan beban rakyat yang kurang mampu. 

Tahniah dan terima kasih juga buat jawatankuasa yang terlibat, khasnya Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Jasin di atas inisiatif serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Semoga Allah balas segala usaha dan PAS terus ke hadapan dalam isu-isu kebajikan rakyat Melaka dan khususnya di Jasin.

USTAZ KAMARUDIN HAJI SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka – HARAKAHDAILY 6/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -