
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta menyelaraskan tafsiran alkohol minuman memabukkan.
Sabri Azit (PN-Jerai) berkata, arak memang diharamkan dalam ajaran Islam berdasarkan dalil firman Allah SWT dan hadis Nabi Muhammad SAW.
Bagi melaksanakan penyelarasan itu, kata Sabri, pengukuhan dari sudut saintifik menerusi penerbitan artikel dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai alkohol wajar dijadikan asas terhadap tindakan dasar kerajaan.
“Saya mencadangkan supaya kementerian meminda Seksyen 2 Akta Akses 1976 bagi menyelaras tafsiran alkohol, beer, atau liqour pada satu tafsiran yang jelas, iaitu semua minuman ini memabukkan,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau turut menyarankan kerajaan menghapuskan had minimum alkohol dalam darah, nafas dan air kencing.
“Maksud pengambilan alkohol ketika memandu boleh disabitkan dengan hukuman yang diperuntukkan,” katanya.
Sementara itu, beliau meminta kerajaan menggerakkan kempen rentas kementerian secara meluas bagi mempromosi visi hidup sihat tanpa alkohol. – HARAKAHDAILY 6/3/2023.




















