Beban kerja melesukan kakitangan hospital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempercepatkan penambahan kakitangan di Hospital Kepala Batas bagi memastikan rakyat merasai konsep negara madani yang diuar-uarkan.

Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) berkata, ‘burnout’ (kelesuan) bukan sahaja berlaku dalam kalangan doktor, malah membabitkan kakitangan sokongan seperti pembantu perubatan dan pemandu ambulans.

- Advertisement -

Katanya, keadaan ini juga berlaku di Hospital Kepala Batas yang memberi perkhidmatan bukan sahaja kepada penduduk Kepala Batas, malah seluruh Seberang Prai Utara yang turut merangkumi Parlimen Tasik Gelugor

“Ketika ini, kekurangan Pembantu Pegawai Perubatan (PPP) sangat kritikal kerana 20 orang yang ada terpaksa bekerja tiga syif untuk menjaga lapan kawasan.

“Sudah bertahun isu PPP terpaksa bekerja secara dwitugas seperti bekerja dua syif sehingga ke tahap sebanyak tiga hingga empat kali seminggu untuk menampung kekurangan kakitangan,” katanya ketika membahaskan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan dapat melihat semula permohonan yang dikemukakan oleh Hospital Kepala Batas kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menambah kakitangan kerana keperluan yang sangat kritikal. – HARAKAHDAILY 6/3/2023

- Advertisement -