R&R di Bentong, Lipis dan Gua Musang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketiadaan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama menyebabkan perkara ini disuarakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fadhli Shaari berkata: “Sepanjang lebuh raya CSR ini masih belum ada R&R. Mungkin YB (Yang Berhormat) boleh berikan jaminan atau pun penjelasan bilakah R&R ini dapat dibina?”

- Advertisement -

Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama merupakan nama baru kepada Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) yang merupakan lebuh raya sepanjang 325 kilometer.

Pembinaan lebuh raya ini bermula pada 2012 menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur serta membantu menangani isu kesesakan lalu lintas dan mengurangkan kos perjalanan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, berkata tiga lokasi telah dikenal pasti untuk pembinaan R&R di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama, iaitu di Bentong, Lipis dan Gua Musang. `

Katanya, semua R&R berkenaan akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk diuruskan. – HARAKAHDAILY 6/3/2023

- Advertisement -