Kelantan miliki REE bernilai RM125 bilion

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan dikenal pasti mempunyai potensi Unsur Nadi Bumi (REE) dengan nilai RM125 bilion melibatkan tiga daerah iaitu Tanah Merah, Gua Musan dan Jeli.

- Advertisement -

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, potensi itu juga sekaligus bakal memberi manfaat dan dijangka meningkatkan ekonomi negeri dan penduduk setempat.

Katanya, nilai keluasan nadir bumi bukan radio aktif itu yang paling banyak ditemui di kawasan Aring seluas 100,000 hektar dan kedua di Stong Batu Melintang (80,000 hektar), manakala di Tanah Merah (25,000 hektar).

“Setakat ini prosedur operasi standard (SOP) untuk mencari sumber nadir bumi telah siap dan proses serta langkah seterusnya akan dilaksanakan selepas perbincangan dengan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri melalui jawatan kuasa negeri akan membuat persiapan sekiranya sumber itu dapat dikeluarkan dan KeTSA akan memberi kerjasama dalam mengeluarkan permit dan menyediakan khidmat nasihat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas majlis penyerahan sijil pengiktirafan Stong Geopark Kebangsaan kepqda Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, di sini, hari ini.

Menurutnya juga Stong Geopark merupakan Geopark Kebangsaan pertama di Kelantan dan merupakan yang ke lapan di Malaysia selepas Geopark Lembah Kinta, Geopark Lenggong Perak dan Geopark Kebangsaan Jerai.

Kata beliau juga antara keistimewaan yang terdapat di Stong Geopark terdapat air terjun Jelawang yang diiktiraf tertinggi di Asia Tenggara.

- Advertisement -