
KOTA BHARU: Ketika debaran menunggu hari mengundi Sabtu ini Pengkalan Chepa News menganjur undian di laman sosial.
Tajuk yang dikongsi dengan netizen ‘Cuba beri pandangan sikit. Yang mana satu pilihan kita’.
Pengarah Pilihan Raya PAS Parlimen Pengkalan Chepa, Muhammad Azmi Nor berkata 1,000 responden menyertai kajian tersebut, di mana 99 peratus memilih calon nombor 4.
Kata beliau calon nombor 4 iaitu Dato’ Ahmad Marzuk Shaary. Status berkenaan dimuat naik semalam dengan capaian like hampir 2,000.
“Lebih memeranjatkan lagi sokongan yang diraih dalam undian online itu melepasi sasaran sebenar apabila ia dibuka untuk undian di laman Pengkalan Chepa News,” katanya di sini.
Parlimen Pengkalan Chepa menyaksikan pertembungan empat penjuru di mana Ahmad Marzuk akan ditentang Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin (BN), Nik Faizah Nik Othman (PH) dan Wan Ahmad Nasri Wan Ismail (Pejuang).
Azmi juga berkata, sokongan itu menggambarkan undian secara online berkenaan tidak jauh dengan perkembangan yang berlaku di bawah, di mana sokongan terhadap PERIKATAN NASIONAL di luar jangka. – HARAKAHDAILY 17/11/2022




















