Guna peluang PRU15 tolak parti utamakan agenda peribadi

- Advertisement -

TANGGA BATU: Pengundi hendaklah menggunakan peluang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 19 November ini menolak parti yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

- Advertisement -

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh menyusahkan rakyat yang baru hendak bernafas daripada wabak Covid-19.

Katanya Parlimen dibubarkan demi untuk menjaga individu tertentu sedangkan nasib rakyat diperlakukan sebegitu rupa.

“Di sinilah kita mahu rakyat memahami bagaimana PERIKATAN NASIONAL sebuah parti politik yang mendahulukan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan individu dan peribadi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program ceramah sempena kempen PRU15 di rumah Ustaz Halim Maidin, Taman Seri Tanjong, Tanjung Kling malam tadi.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail; calon PN Tangga Batu Bakri Jamaluddin dan Ketua Penerangan Bersatu Melaka, Dato’ Dr Baba Md Deni.

Dr Muhd Khalil yang juga Adun Batu Buruk Terengganu berkata, rakyat
Melaka dan Johor terpaksa berdepan banyak pilihan raya kerana sikap pemimpin BN yang mahu mentadbir secara solo.

“Kita kena tolak parti yang sebegini rupa. Kita mesti bersama-sama dengan parti yang mendahulukan kepentingan rakyat,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 11/11/2022

- Advertisement -