
Oleh AIN MANAF
ISLAMABAD: Banyak penempatan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KPK) rosak teruk akibat banjir besar yang melanda bumi Pakistan baru-baru ini.
Malah kesan kemusnahan akibat banjir dapat dilihat di sana sini di wilayah tersebut. Antara penempatan yang terjejas teruk iaitu Paroa di mana 30,000 rumah milik penduduk rosak teruk.
Tanaman yang musnah 50,000 ekar, seramai enam penduduk meninggal dunia, 18 orang sakit dan banyak ternakan mati.
Manakala di Kulachi sebanyak rumah 7,707 rosak, 12,041 ekar tanaman musnah, 3 penduduk meninggal dunia dan seorang cedera. Manakala lebih 1,190 ternakan mati.
Di Daraban 7,067 rumah rosak teruk, 240 ekar tanaman musnah, 5 penduduk menjadi mangsa, 4 orang cedera dan lebih 120 ternakan mati.
Di Darazinda 4,105 rumah rosak, 6 penduduk meninggal dunia, 10 orang cedera dan 535 ekar tanaman musnah, di D I Khan 4700 rumah musnah, 7 penduduk meninggal dunia dan 33 orang cedera. Kemusnahan tanah tanaman 9000 ekar.
Di Paharpur sebanyak 4,700 rumah rosak, 9000 ekar tanaman musnah, 7 penduduk menjadi mangsa, 33 cedera dan 450 ternakan mati.
Menurut NGO tempatan total kemusnahan rumah di enam daerah yang teruk terjejas ialah 60,277 buah, melibatkan 34 kematian dan memusnahkan sebanyak 18,837.041 ekar tanah tanaman.
Rombongan PASRelief yang diketuai Yusni Mat Piah dengan kerjasama NGO tempatan memasuki penempatan tersebut untuk mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 8/10/2022











