
Oleh AIN MANAF
ISLAMABAD: PASRelief hari ini menjejaki penempatan Islam Khan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KPK) sebagai lokasi pertama Misi Pakistan Flood Aid 2022 dengan menghulur sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan itu.
Sukarelawan PASrelief yang diketuai Yusni Mat Piah memulakan perjalanan dari Islamabad yang mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke kawasan terbabit.
Pasukan sukarelawan itu akan berada di Dera Islam Khan selama dua hari bagi memenuhi misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan penduduk tempatan.
Antara sumbangan yang diberi iaitu medical camp, kelambu, makanan serta beberapa bentuk bantuan lain..
Di lokasi terbabit PAS Relief akan menyediakan sebanyak dua medical camp dan mengagihkan makanan kering (205 pek), kelambu (205), kit kebersihan (205), cooked food (20).
Sumbangan itu merupakan bantuan kedua pihaknya selepas sumbangan awal disampaikan melalui NGO tempatan baru-baru ini.
Yusni juga berkata, pihaknya meninjau kawasan berkenaan bagi melihat jenis bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir dan masyarakat di lokasi terbabit.
Sebarang bentuk sumbangan oleh rakyat Malaysia boleh disalurkan ke akaun PASRelief 5640 7061 2333 (MAYBANK ISLAMIC) dan orang ramai boleh melayari laman sesawang https://infaqpay.my/plus/tabung-bencana-banjir-pakistan-paserelief untuk menyumbang.
Banjir dasyat di Pakistan sejak akhir Jun lalu menyebabkan jutaan penduduk di negara itu kehilangan tempat tinggal dan mengorbankan ribuan nyawa. – HARAKAHDAILY 8/10/2022











