Jakim teliti tindakan guru KAFA guna TikTok

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti tindakan sewajarnya yang perlu ke atas mana-mana guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang memuat naik rakaman pelajar sebagai kandungan di laman sosial TikTok.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary berkata, penelitian itu perlu bagi mengetahui tujuan sebenar sama ada untuk kepentingan di luar kerangka etika sebagai seorang guru atau sebaliknya.

Ini kerana, katanya dibimbangi tindakan itu mungkin boleh mendatangkan pelbagai kes terhadap sesi pembelajaran termasuk pelajar itu sendiri.

Kata beliau sekiranya kandungan itu dibuat berdasarkan pembelajaran dan pengajaran itu kemungkinan boleh dibincangkan dari segi prosesur operasi standard (SOP) dan peraturan.

“Sepatutnya sebarang aktiviti membabitkan pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan antara guru dan murid, mestilah fokus kepada silibus sedia ada.

“Jadi sebarang interest lain sama ada daripada pihak guru, pelajar mahu pun ibu bapa tidak sepatutnya berlaku tanpa kebenaran pihak yang berkaitan sama ada bahagian pendidikan Jakim atau pun ibu bapa, pelajar sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pada sidang media selepas merasmikan Kalte Gold Fest 2022 dan Pelancaran Aplikasi dan Portal E-DND Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd di sini hari ini.

Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan mengadakan program K’late Gold Fest 2022 bertempat di Mydin Mall Tunjong.

Festival kali ini menampilkan transformasi Dinar Dirham Kelantan ke bentuk digital yang bersandarkan fizikal emas dan perak.

Malah, konsep digital yang diperkenalkan lebih bercirikan kepada “Keselamatan, Dana kewangan untuk pembelian atau penjualan Dinar Dirham dan E-Muamalat.

- Advertisement -