Mengenali gerakan Sekular 2.0

- Advertisement -

SEKULAR 1.0

- Advertisement -

Nak solat di masjid tak ada masalah, dalam masa yang sama karaoke dan konsert tumbuh macam cendawan.

Dalam IC tulis status agama Islam tak ada masalah. 

Islam sebagai agama rasmi tak ada masalah, asalkan ia tidak diimplementasikan sebagai sebuah undang-undang atau sistem.

Islam ditafsirkan sekadar sebuah religion, dan amalan-amalannya sekadar ritual semata-mata.

Sekular 2.0

Mempertikaikan mengenai solat. Menganggap solat itu bukan keperluan, tidak membangunkan negara.

Berusaha menghapuskan status agama Islam dalam IC.

Berusaha menghapuskan Islam sebagai sebuah agama rasmi negara. 

Bukan sekadar menganggap Islam itu sekadar religion atau ritual, bahkan berusaha menggambarkan Islam itu tak sepatutnya menjadi anutan.

Evolusi Sekularisme

Sekular 1.0 telah melahirkan generasi baru yang membawa fahaman Sekular 2.0. Sekularisme seolah-olah telah berevolusi daripada Sekular lama yang ditinggalkan oleh penjajah dahulu.

Kanak-kanak yang dibina dengan ‘silibus’ Sekular 1.0 dahulu, hari ini telah menjadi dewasa. Bermakna, generasi yang terkesan dengan Sekular 1.0 ini telah melahirkan pula usaha usaha memartabatkan Sekular 2.0.

Kajian umum

Sekularisme 2.0 masih terlalu rambang untuk diperhatikan. Ada pengkaji yang mengaitkan Sekularisme 2.0 dengan gerakan Post-Islamisme. Ada pula yang mengaitkan ideologi ini dengan gerakan menjadikan Kristian sebagai agama awam.

Ada juga yang menghuraikannya dari sudut kemasarataan agama (Pluralisme), seperti usaha menggabungkan agama-agama yang lahir dari keturunan Nabi Ibrahim A.S kononnya.

Lontaran saya dalam tulisan kali ini, dalam konteks baru khususnya di Malaysia. Sekalipun ada yang meletakkan di bawah perbincangan ‘kesan Sekularisme’. Namun, bagi saya ia perlu dihighlightkan bagi menggambarkan movement tersebut.

Wacana Pemikiran Reformis

Buku ini diterbitkan oleh Islamic Renaissance Front (IRF) yang diketuai oleh Faruq Musa. Dalam buku ini cuba membawa fahaman Sekular dalam bentuk idea politik.

Buku ini secara umum menyatakan bahawa Islam itu hanya sekadar religion, sebaris dengan agama-agama lain. Maka, seolah-olah untuk mengadili kesemua agama yang sebaris ini, perlulah diangkat Sekular sebagai sebuah sistem negara.

Ya kita faham bahawa Sekular itu lahir daripada teori yang memisahkan agama daripada negara (politik). Jadi, bagi mereka, Sekular adalah formula yang terbaik bagi sesebuah negara.

Dosa peribadi

Dahulu ada figura politik yang menggunakan istilah ini. Baru ini, apabila ada ahli parti Syed Saddiq minum arak, dia kata itu hak mereka, mereka minum bukan ketika memandu.

Ini bermaksud, sekiranya seseorang itu buat kemungkaran seorang-seorang dan tak melibatkan orang lain, maka tiada masalah. Konsep ini melahirkan generasi yang membawa cara fikir Barat.

Cara fikir tersebut antaranya Humanisme dari sudut hak peribadi untuk melakukan kemungkaran, Liberalisme dari sudut kebebasan memilih atau bebas daripada tatanan agama dan banyak lagi.

Sabdaan Baginda S.A.W

Nabi S.A.W pernah bersabda:

لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها، وأولهن نقضا الحكم، وآخرهن الصلاة

“Akan tercabut prinsip Islam satu persatu, setiap kali ia tercabut, umat Islam akan pertahan prinsip yang berbaki. Mula-mula dicabut ialah undang-undang dan akhir sekali ialah solat.” 

(Riwayat Ahmad) 

Hadis ini jelas menggambarkan mengenai gambaran Sekular 1.0 dan 2.0 di akhir zaman. Sekular 1.0 tiada masalah dengan nama ‘Islam’ asalkan ia tidak dilaksanakan sebagai sebuah undang-undang. Namun tiada masalah untuk bersolat

Jadi, Sekular 1.0 berfungsi untuk ‘memerangi’ sistem atau undang-undang Islam. Sekular 2.0 pula bukan sekadar itu. Ia lebih kepada memerangi Islam secara terus.

Contohnya move pemikiran ini berusaha membuang terus perkataan Islam itu. Maka mereka lebih terarah kepada menghapuskan kewajipan-kewajipan dalam Islam, termasuklah solat.

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 25/3/2022

- Advertisement -