Persidangan Parlimen hibrid kaedah terbaik

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Persidangan Parlimen secara hibrid melibatkan kehadiran fizikal sekurang-kurang 26 Ahli Dewan Rakyat dan 10 Senator merupakan kaedah terbaik bagi memastikan sistem demokrasi terus berjalan.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, kaedah pelaksanaannya memerlukan pencerahan kerana persidangan yang bakal diadakan pada Ogos dan September itu berbeza dengan keadaan biasa.

- Advertisement -

“Kerajaan berusaha untuk mengadakan sidang Parlimen mengikut kesesuaian dengan situasi sekarang dengan penularan wabak Covid-19, cuma proses persidangan secara hibrid itu macam mana.

“Dalam Parlimen, dia ada peraturan yang perlu diikuti oleh wakil rakyat dan kena duduk di kerusi masing-masing dalam persidangan untuk memastikan perjalanannya dilulus dan disahkan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke projek fertigasi timun yang diusahakan oleh Agro Palas Enterprise di Kampung Kubang Palas Banggu di sini hari ini.

Turut hadir pada lawatan itu Adun Demit Dato’ Mumtaz Md Nawi dan Pegawai Pertanian Komunikasi Jabatan Pertanian Negeri Munawaruzzaman Harun. – HARAKAHDAILY 25/6/2021

- Advertisement -