Isu air: Usah politikkan, cari penyelesaian bersama

- Advertisement -

KANGAR: Masalah paip pecah menyebabkan penduduk di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Sanglang berdepan dengan gangguan bekalan air.

Justeru, pelbagai usaha dilakukan para petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sanglang dengan kerjasama Syarikat Air Perlis (SAP) untuk memastikan bekalan air sampai kepada pengguna di kawasan yang terjejas.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, Haziq Dun berkata pihaknya menyesali tuduhan terbitan portal MalaysiaDateline yang bertajuk ‘Adun PAS gagal selesai masalah air di Sanglang’ yang dilihat cuba menimbulkan persepsi buruk kepada Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli.

- Advertisement -

“Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa budaya politik mencari salah merupakan suatu budaya yang sudah lapuk, sebaliknya budaya politik penyelasaian perlu ditonjolkan supaya rakyat mendapat manfaat.

“Usaha untuk mengatur pertemuan bersama Syarikat Air Perlis bagi mendapatkan penjelasan dan mencari solusi berkaitan permasalahan ini juga sedang diaturkan,” katanya.

Menurut beliau lagi, bantuan daripada kerajaan pusat dalam membantu menukar paip baru di Perlis amat diperlukan memandangkan kadar Non-Revenue Water (NRW) negeri ini amat parah hingga mencapai angka 60 peratus.

Di samping itu, pihaknya merakamkan ucapan tahniah kepada SAP kerana berjaya memulihkan bekalan air yang berlaku di Dun Sanglang khususnya dan di seluruh negeri Perlis dengan pantas. – HARAKAHDAILY 29/3/2021

- Advertisement -