IPT capai 6 bintang SETARA dan MyQUEST 

- Advertisement -

TAHNIAH kepada 22 IPT yang telah mencapai enam bintang dalam Penarafan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia bagi sesi 2018/2019. 

Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) menyaksikan 8 buah IPT mencapai 6 bintang iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), International Medical University (IMU) dan Monash University Malaysia.

- Advertisement -

Bagi Penarafan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST), 14 buah kolej swasta telah berjaya mencapai penarafan 6 bintang iaitu Kolej SEGi Subang Jaya, Kolej Sunway (Kuala Lumpur), Institut Teknologi Maklumat Asia Pasifik (APIIT), Kolej SEGi Kota Damansara, Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, Kolej SEGi Pulau Pinang, Kolej Antarabangsa Putra, Kolej Equator, Kolej Despark, Kolej SEGi Sarawak, Kolej IBS, Kolej Integrasi Perkembangan Kemahiran (IPK), Kolej Hafiz dan Institut Antarabangsa Sains Mantin.

Perkembangan ini juga memperlihatkan bahawa sektor pendidikan tinggi negara berada pada landasan yang betul dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dengan memberi penekanan terhadap kualiti akademik, kebertanggungjawaban dan prestasi setiap IPT di Malaysia.

Kementerian akan sentiasa melaksanakan penambahbaikan dan pemantapan ke atas SETARA dan MyQUEST selaras dengan perubahan persekitaran dan ekosistem pendidikan tinggi negara. 

Penyesuaian tersebut akan mengambil kira pembudayaan norma baharu dalam sistem penyampaian pendidikan, penekanan kepada agenda pendigitalan, Teknologi Pendidikan berasaskan Revolusi Industri 4.0 dan kriteria lain yang relevan. Penarafan seterusnya dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2022.

YB DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD 
Menteri Pengajian Tinggi – HARAKAHDAILY 18/12/2020

- Advertisement -