Dadah: Kenyataan perlu lebih bertanggungjawab

Zamakhshari Muhamad
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengingatkan pihak tertentu supaya lebih bertanggungjawab terhadap sebarang kenyataan khususnya membabitkan penyalahgunaan dadah, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhsahri Muhammad.

- Advertisement -

Beliau berkata, statistik dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memberi gambaran buruk kepada negeri terbabit.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) bertanggungjawab untuk pastikan semua rakyat menjauhi aktiviti tersebut melalui pelbagai program yang dirangka.

“Jadi peratusan mengikut negeri itu lebih kurang 10 peratus sahaja Kelantan, jadi yang bising 10 peratus ini, hok 90 peratus negeri lain tidak berbangkit seolah-olah Kelantanlah.

“Kita pun on our side kita sudah buat libat urus, pergi jumpa ketua polis, selepas ini kita ada lagi beberapa program kita rancang untuk mengurangkan masalah penyalahgunaan dadah,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra. – HARAKAHDAILY 27/4/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!