KDN FC kejar mata hadapi Terengganu FC malam ini

Kim Lik Wan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) mengarap sentuhan ajaib malam ini bagi mengumpul mata pertama selepas kecundang dalam dua perlawanan sebelum ini.

- Advertisement -

Pada perlawanan awal KDN FC tewas kepada Sri Pahang dan Sabah FC.

Pemain import, Kim Lik Wan yakin pasukannya mampu menghasilkan keputusan positif pada aksi Liga Super menentang Terengganu FC malam ini.

Beliau berkata, keyakinan itu berpandu persembahan yang semakin baik oleh skuad KDN FC walaupun tewas tipis 2-3 kepada Sabah FC baru-baru ini.

“Saya yakin pasukan kami boleh melakukannya walaupun kecewa dengan dua perlawanan setakat ini, tetapi persembahan kami semakin baik.

“Begitu juga diharapkan pada perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu malam ini, kami akan cuba menghasilkan keputusan yang baik,” katanya di sini.

Beliau bagaimanapun meramalkan pertembungan itu begitu sengit memandangkan kedua-dua pasukan mahu meraih mata pada perlawanan tersebut.

“Saya fikir komunikasi adalah perkara yang paling penting kerana membantu kami membentuk pertahanan lebih ampuh di samping sokongan padu penyokong skuad KDN FC. – HARAKAHDAILY 24/5/2024

- Advertisement -