Hijrah Rasulullah bawa Islam seluruh pelosok dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah 1444 tahun lalu adalah titik tolak yang membawa kepada perkembangan Islam ke seluruh pelosok dunia hingga sampai kepada kita hari ini.

“Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, adalah penting bagi kita untuk sentiasa memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT selain berselawat ke atas baginda Nabi sebagai tanda mensyukuri nikmat Islam yang kita kecapi,” kata Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

- Advertisement -

Menurutnya, semua itu masih tidak mencukupi tanpa usaha atau perjuangan untuk memastikan Islam menjadi budaya dalam setiap aspek kehidupan kita sehari-hari.

Beliau berkata, Islam bukan semata-mata agama atau kepercayaan tetapi sebagai ad-deen.

Tambahnya, Islam bukan hanya di atas sejadah atau di dalam masjid tetapi the way of life bagi semua umat manusia.

“Ia diturunkan oleh Yang Maha Pencipta kepada makhluk ciptaan-Nya melalui Junjungan Besar kekasih-Nya.

“Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadikan diri kita lebih baik dari masa ke masa,” ujarnya dalam catatan di Facebook beliau, hari ini.

Ini, ujar beliau sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Sempena tahun baharu ini, saya ingin ucapkan kepada semua umat Islam khususnya warga Kedah Darul Aman,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/7/2022

- Advertisement -