Apa Kerajaan PN buat isu ladang babi haram?

Di negeri Perak

- Advertisement -

SAYA jangkakan DAP akan bangkit pertahan Umno dalam isu ladang babi haram ni. Rupa-rupanya dia hantar PAN je. Takpelah itu dah tugas hakiki PAN. Babi pun babilah janji khadumb terbaik.

Dia persoal masa PAS jadi Exco Kerajaan Negeri Perak, apa yang PAS buat? Okey ni meh aku jawab soalan PAN ni.

Masa PAS jadi Kerajaan terdapat 34 ladang khinzir yang tidak patuhi syarat perlesenan telah ditutup. Malah masa itu YB Ustaz Akmal Kamarudin Exco Alam Sekitar sudah mula bercakap pasal;

“Ladang berdekatan sungai disaran mengguna pakai konsep sistem sifar pelepasan iaitu merawat air kumbahan menggunakan bahan kimia dan digunakan semula sebagai air membasuh kandang”.

Sekiranya Kerajaan PN tidak jatuh, dia memang sedang usahakan untuk perkara itu jadi polisi.

Untuk makluman korang, sepatutnya bahan kumbahan ladang babi ini perlu dirawat sehingga bacaan keperluan oksigen biokimia kurang daripada 50 ppm dan keperluan oksigen kimia kurang daripada 500 ppm sepertimana yang terkandung dalam jadual kedua Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1992 dan Kaedah-Kaedah Pengawalan Penternakan Babi 2009 (Lesen).

Tapi nak rawat ni memang akan memerlukan kos. Maka ladang babi haram ni nak jimat kos dan untung banyak, maka dia lepas terus tanpa rawat ke dalam sungai. Itu punca sungai di Dun Ayer Kuning ni tercemar.

Ketika YB Dato’ Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar, pada 1 Disember 2020, penduduk di Bidor ada buat aduan pencemaran Sungai Bidor akibat pembuangan sisa kumbahan ladang babi.

Setiausaha Politik Menteri, Dr Zuhdi Marzuki ketika itu terus membuat laporan kepada Pejabat Exco Alam Sekitar iaitu YB Ahmad Saidi Mohamad Daud untuk diambil tindakan bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.

Selain itu Exco Pertanian ketika zaman PN, YB Haji Razman Zakaria juga pernah turun bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak untuk menyelesaikan isu aduan pencemaran bau dari ladang babi berlesen yang telah dilesenkan sejak 80-an.

Antara cadangan JPV ketika itu adalah penggunaan microorganisma efektif (EM) dan mewujudkan zon penampan dengan menanam pokok di sekeliling ladang babi bertujuan mengurangkan bau ternakan tersebut.

Kalaulah Kerajaan PN masih wujud, aku yakin isu ladang bab1 haram ni dah boleh selesai.

Okey sekarang, aku nak tanya PAN, apa yang Kerajaan Negeri Perak sekarang ni buat untuk selesaikan isu ladang babi haram ni?

Okey sebelum ni punya cerita kita tutuplah. Cakap pun tak guna dan tak selesaikan masalah penduduk Ayer Kuning.

- Advertisement -

Boleh tak PAN desak Kerajaan Negeri Perak untuk berjanji:
1. Akan pindahkan semua ladang babi di kawasan Kampung Melayu Ayer Kuning.

2. Akan buat operasi bersepadu segera dan sita dan tutup semua ladang bab1 haram dalam Dun Ayer Kuning. Jangan cakap susahlah, sepatutnya dah ada dalam maklumat PBT semua lokasi ni. Boleh serbu terus esok.

3. Ladang berlesen yang dibenarkan operasi perlu laksana sistem tiada bau dan ‘zero discharge’.

Setakat ni yang desak ditutup kilang babi haram adalah PN sahaja. Umno, DAP, PKR, PAN semuanya senyap seribu bahasa.

Kalau betul Kerajaan Negeri Perak bersedia tangani isu ni, esok dah boleh buat operasi bersepadu. Semua maklumat ladang babi haram ni ada ditangan PBT.

Bab ni kalau MB Perak nak berjanji dengan penduduk Ayer Kuning kita tak kisah dan tak marah. Yang kita marah bila Kerajaan Negeri Perak diamkan diri.

Sayangi rakyat, bukan tokey babi.

Salam hormat,

IR TS NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 18/4/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!