BN langgar prinsip, rakyat kini semakin sokong PN

- Advertisement -

TAPAH: Kedudukan dan kekuatan kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional (BN) boleh tergugat sekiranya PERIKATAN NASIONAL (PN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April depan.

- Advertisement -

Calon PN, Ustaz Abdul Muhaimin Malek berkata, walaupun keputusan PRK itu sama sekali tidak boleh menukar kerajaan negeri yang ada, namun ia tetap akan menjejaskan kedudukan dan mengurangkan jumlah kerusi dimiliki BN.

“Paling tidak kita mampu memberikan kesan kepada kestabilan kerajaan walaupun tak boleh nak tukar kerajaan lagi. Dalam demokrasi, bila ada satu-satu tempat atau kawasan itu perlu diadakan PRK, maka kita terlibatlah. Ada orang bagitahu terlibat buat apa?

“Masuk bertanding kalau menang pun tetap tak jadi kerajaan. (Ya) betul! Tetapi kita meraikan demokrasi yang ada dan kita juga memberikan mesej kepada kerajaan negeri dan Pusat dalam PRK ini sekiranya kita diberikan kemenangan,” katanya ketika ditemubual Harakahdaily.

Tambah beliau, masyarakat di seluruh negara amnya telah menerima gabungan PERIKATAN Nasional dengan baik sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 lagi.

“Ketika itu PH (Pakatan Harapan) belum bergabung dengan BN. Selepas pasca PRU15, masyarakat lebih-lebih lagi berkehendakan Perikatan Nasional apabila PH dan BN bergabung.

“Dasar Barisan Nasional ‘No Anwar, No DAP’ itu dilanggar dengan semudahnya menyebabkan rakyat khususnya ahli-ahli Umno itu sendiri, akar umbi Umno itu tidak bersetuju dengan apa yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi mereka.

“Isu-isu lain apabila PH bergabung dengan BN seperti isu agama dan bangsa yang tidak diuruskan dengan baik. Jadi mereka (rakyat) sangat berharap kepada Perikatan Nasional pasca PRU15,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/4/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!