Razman rayu sumbangan rumah penduduk terbakar

    - Advertisement -

    LENGGONG: Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria telah melawat tapak kebakaran kediaman seorang penduduk di Kampung Luat, di sini semalam.

    - Advertisement -

    Menurut saksi tragedi tersebut, Hajar Ibrahim yang berada di tempat kejadian berkata, kebakaran telah disedari berlaku pada jam 2:40 petang kelmarin.

    Menurutnya, kebakaran berlaku sangat pantas dan api menjilat rumah penduduk yang telah berusia 40 tahun itu tanpa sempat menunggu kehadiran bomba untuk memadamkan kebakaran.

    Hasil bantuan orang kampung, mereka berjaya mengelakkan api merebak ke rumah jiran lain, namun kejadian tersebut telah memusnahkan seluruh kediaman Norliza Nor Ahmad termasuk empat motosikal dan sebuah komputer riba.

    Beliau yang bekerja sebagai peniaga persendirian di sekitar halaman kampung tersebut menyedari kebakaran itu setelah dihubungi ahli keluarganya, memaklumkan mengenai kejadian itu.

    Biarpun terkilan dengan kehilangan tempat perlindungan dan harta benda, namun Norliza bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan nyawa berlaku melibatkan ahli keluarga yang tinggal bersamanya.

    Razman menyeru agar orang ramai menyampaikan sumbangan ikhlas buat mangsa yang boleh disalurkan terus ke akaun beliau Norliza Ahmad 158136767955 (Maybank) atau hubungi talian 013-4019411 untuk pertanyaan lanjut. – HARAKAHDAILY 1/11/2019

    - Advertisement -