Berwaspada dengan pendanaan asing

- Advertisement -

SEBAGAI ahli gerakan Islam, kita wajar berhati-hati dengan sebarang dana asing atau sumbangan luar, apatah lagi sumbangan itu atas nama peribadi. Sama ada dalam bentuk cash, atau berupa hadiah. Berikut adalah beberapa point yang pernah saya tulis dalam posting-posting lama sebagai pengajaran.

- Advertisement -

Kisah pemakan rasuah 2 dinar

Dinukilkan oleh Imam Ibn Jauzi di dalam Talbis Iblis (تلبيس إبليس), Ibnu Qudamah al Maqdisi di dalam Mukhtasar Minhajil Qasidin (مختصر منهاج القاصدين) dan ramai lagi mengenai kisah masyhur si pemakan dedak yang diriwayatkan oleh Imam Hassan Basri.

Iaitu kisah mengenai seorang yang bertekad untuk menebang pokok yang menjadi sembahan kaumnya. Namun, disebabkan tawaran dedak bernilai 2 dinar, akhirnya dia tak jadi untuk menebangnya.

https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1078904218969717/?d=n

Dana yang ‘menyumbang’ kepada kejatuhan Uthmaniah

Umum mengetahui Uthmaniah pada asalnya tiada kena mengena dengan Perang Dunia Pertama yang bermula Jun 1914. 

Asalnya pertembungan antara Kuasa Pusat yang dianggotai oleh Jerman, Hungary dan Itali berhadapan dengan Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh British, Perancis dan Rusia.

Geng Pasha yang sememangnya sejak awal lagi sudah cenderung ke arah Jerman. Namun, Itali menarik diri dari kancah tersebut pada 1 Ogos 1914.

Keesokan harinya geng Pasha telah membuat perjanjian ‘belakang tabir’ untuk menyertai Kuasa Pusat berhadapan Tentera Bersekutu.

Beberapa bulan kemudian, Jerman mula menawarkan dedak kepada Uthmaniah sebagai tanda rasmi penglibatan Uthmaniah dalam Kuasa Pusat.

Dedak yang ditaburkan oleh Jerman dengan anggaran 2 juta Kurush (matawang Turki) diterima oleh Kerajaan Uthmaniah pada Oktober 1914. 

https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1182996178560520/?d=n

Tajaan Barat terhadap cetusan Arab Spring 2011

Antara maklumat paling penting yang didedahkan oleh Bensaada berkenaan bekas anggota polis Mesir bernama Omar Afifi Suleiman mengatur protes di Dataran Tahrir dari pejabatnya di Washington secara jarak jauh.

Menurut Wikileaks, NED membayar Suleiman setiap tahun lebih $200,000 antara 2008-2011. Dalam menggerakkan projek menghuru harakan Mesir.

Ada yang mengikuti latihan gerila yang ditaja oleh CIA, Mossad, Chad dan Arab Saudi. Beberapa bulan selepas pembunuhan Gaddafi, orang yang sama mengetuai misi menumbangkan Assad di Syria.

Antara tahun 2005 dan 2010, State Department menabur dedak $12 juta kepada kumpulan pembangkang yang menentang Assad. Bahkan Amerika juga menaja projek saraf melalui saluran TV kabel anti-Kerajaan Syria.

Segelintir aktivis Syria (anti-kerajaan) menerima latihan Amerika secara percuma dalam cyberactivism dan perlawanan non-violent sejak tahun 2006. 

https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1262330500627087/?d=n

Pendanaan terhadap beberapa pertubuhan di Malaysia

Pada 2015, NED mengaku telah mendanai IRF (Islamic Reinassance Front) dengan USD60,000, Merdeka CentreUSD60,000 dan KiniTV USD35,000. 

Pada akhir 2017, Malaysiakini telah membuat pengakuan menerima dana daripada Open Society Foundation’ (OSF) milik Yahudi (George Soros). 

Pada Julai 2018 pasca PRU14, dalam satu forum yang diadakan di CSIS, wakil International Republican Insitute (IRI) berbangga menceritakan hubungan dengan Malaysia. Mereka mengakui menyalurkan dana NED kepada pembangkang sejak 2002 lagi untuk menjatuhkan kerajaan pada 2018.

Antara yang mendapat dana NED, ialah IRI itu sendiri (laporan 2018), sebanyak USD430,000 khas untuk operasi di Malaysia.

https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1217101308483340/?d=n

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 20/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000953077134/posts/6067694343272275/

- Advertisement -