Sedia dedah siapa dalam PKR, DAP ‘collect’ duit PRU16

Kenapa usaha lawan sakau, basmi rasuah Anwar gagal?

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Pengarah Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia mendedahkan nama individu-individu dalam Pakatan Harapan (PH) yang sedang mengumpulkan dana PRU16.

Menurut beliau, terdapat beberapa naratif sedang disusun untuk menghadapi PRU16, antaranya mengaitkan PN dengan pengumpulan wang, sebagaimana Perdana Menteri sering menegaskan usaha lawan sakau dan tangkap orang sakau.

“Yang kaki di bawah dia pun sakau. Dia tak tahu. Saya tahu, mai (mari) tanya saya, saya nak habaq (beritahu). Siapa collect duit untuk PKR, untuk DAP dalam menghadapi PRU16? Saya tahu, mai tanya saya, saya nak habaq.

“Tak boleh habaq sini? Saya kena habaq dekat bos depa. Tunggu. PM ada mari jumpa saya, saya mengadu. Si polan bin si polan, berapa dia kenakan?” ujarnya secara terbuka di hadapan ribuan orang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera PN Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 DUN Sungai Bakap yang diadakan di pekarangan Pejabat PAS Kawasan Nibong Tebal, di sini malam tadi.

Maklum Sanusi, beliau mengetahui perkara tersebut kerana banyak merancang projek di Kedah, tetapi kemudiannya tergendala untuk melakukan pelaksanaan kerana rupanya memerlukan ‘pelincir’ iaitu rasuah.

“Kalau kita cakap menentang rasuah, semua satu dunia sokong. PN sokong banteras rasuah! Yang kita (PN) tak yakin betulkah hang (Perdana Menteri) buat (banteras rasuah) ni?

“Kami duk tengok yang kena tangkap (pihak) aku. Anak (Menteri Besar Perlis) Cikgu (Mohd) Shukri (Ramli). Ni semua musuh-musuh politik je. Yang ada 47 kes, ada prima facie, hang pi jadi Timbalan (Perdana Menteri).

“Lagu mana orang nak percaya cakap (lawan sakau) itu? Betul dak? Orang tak percaya kepada (Dato’ Seri) Anwar Ibrahim tentang membasmi rasuah kerana dia ambil orang-orang yang kaki rasuah duk kiri kanan dia. Betul dak?

“Itu masalah dia PMX hoi. Takkan hat itu hang tak tahu? Itulah akibat, sebab orang tak percaya kepada projek basmi rasuah ini. Takkan tak sedar? Dia sedar tapi dia tak dak pilihan. Betul dak? Bila dia tak dak pilihan, dia terpaksa ambil.

“Bermakna PMX ni adalah Perdana Menteri Malaysia paling lemah sekali. Betul dak? Dia tak dak pilihan. Dia terpaksa ambil walaupun dia tahu. Dia duk (lawan) sakau-sakau, (orang) itu duk sebelah dia,” bidasnya. – HARAKAHDAILY 9/6/2024

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -