Rakyat digesa tolak pelanggaran undang-undang

Kes kibar bendera China dan juga kes tanah di Raub

- Advertisement -

IPOH: Ketua Pembangkang Dewan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menjatuhkan tiga pertuduhan terhadapnya berhubung ucapan ketika sesi Sidang DUN sebelum ini.

Beliau itu berkata, dua usul dibawa sesi pagi tadi, antaranya membabitkan ADN Ulu Kinta yang membuat kenyataan tidak bertepatan berkaitan Kerajaan Terengganu, namun hanya dikenakan hukuman amaran, berbanding dirinya digantung selama enam bulan.

“Bagi saya, tiga pertuduhan. Pertama, dikatakan melanggar Perintah Tetap 40(3)(a), iaitu seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapan. Saya dikatakan menuduh warga Malaysia mengibarkan bendera China di Teluk Intan pada 24 Oktober.

“Sedangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa terdapat 16 peserta warga China yang terlibat dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia dan mengibarkan bendera asing ketika perarakan Menara Condong di Teluk Intan,” katanya.

Menurutnya, dalam sesi dewan sebelum ini, beliau menyatakan tidak dapat membezakan antara rakyat Cina Malaysia dan warganegara China.

“Saya tak dapat nak bezakan. Dan kenyataan polis pun mula-mula dia kata melanggar undang-undang. Kemudian dia kata tidak ada permit. Kemudian hanya melanggar syarat. Tak apalah kita terima.

“Tetapi polis mengesahkan bahawa yang mengibar bendera itu adalah warga China. Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh NGO, senarai nama mereka bersama gambar menunjukkan mereka adalah warga tempatan. Polis boleh siasat dan sahkan. Saya tak tuduh, cuma minta disahkan dengan bukti itu,” katanya.

Bagi pertuduhan kedua, beliau berkata ia melibatkan ADUN Pasir Bedamar yang juga EXCO kerajaan negeri, yang dikatakan membuat siaran langsung dua jam ketika perarakan, tetapi kemudian memadamkan video berkenaan.

“Tetapi ada yang sempat ambil tangkap layar dan mengenal pasti terdapat warga tempatan dalam video itu. Tuduhan pertama itu digugurkan sebab ada fakta. Yang kedua, saya dikatakan melanggar Perintah Tetap 47 iaitu seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk.

“Itu yang mana dalam ucapan itu cuba mengaitkan DUN Kepayang dan juga ahli Dewan Negeri Pasir Bedamar dalam program yang diadakan mengibar bendera di Teluk Intan

“Perkara itu telah pun mendapat respon daripada ADUN Kepayang yang juga Menteri KPKT mengatakan mengesahkan bahawa beliau mustahil berada dalam dua tempat pada satu masa.

“Dia kata dia tak mungkin berada dalam program itu sedangkan pada masa yang sama, dia berada di Kuala Lumpur, program di Kuala Lumpur. Jadi saya telah memohon maaf di atas kekhilafan itu,” jelasnya.

Razman selaku Ahli Dewan Negeri (ADN) Gunung Semanggol menjelaskan, kekhilafan berlaku kerana terdapat banner dalam perarakan itu yang memaparkan dua gambar, iaitu gambar EXCO dan Menteri KPKT.

“Jadi menurut kebiasaannya gambar itu dia kata dia dan maklumat daripada orang ramailah yang saya tidak sahkan bahawa mereka ini terlibat sama.

“Dan perkara ini ditolak ataupun dibuat hujahan dalam dewan dan tak bagi kita tambah balas kan mengatakan bahawa banner itu tanpa kebenaran.

“Saya tak tahulah tanpa kebenaran tapi mengikut kebiasaan kita sebagai wakil rakyat dan sebagainya apabila banner itu dibuat kan dia buat banner atas gambar kita biasanya kita ada menyumbang ataupun menyertai.

“Jadi tak tahulah kalau ini pengibar bendera tersebut yang membawa itu tanpa kebenaran hanya meletakkan gambar dua KPKT itu. Jadi kita ada gambarnya pun ada dan boleh-boleh di yang ni ada dua gambar kita hantar dan terus.

“Ada yang colourlah. Kalau boleh tengok colour. Ada gambar dia dan ada gambar KPKT dua. Kan. Kita Suruh mengesahkan. Sebab itu kita mengatakan dia kehadiran. dia mengatakan tidak. Tak apalah.

“Saya kata saya dah mohon maaf, dah mohon maaf di luar dan permohonan maaf saya, diterima. Maka yang ini digugurkan. Okey, terima kasihlah kepada jawatankuasa,” terangnya.

Menyentuh pertuduhan ketiga, beliau berkata ia melibatkan Perintah Tetap 40-11 kerana menggunakan perkataan berunsur hasutan dalam ucapan.

“Dalam ucapan saya, saya sebut ‘yang mata macam saya, kulit macam saya, darah macam saya, sudah pasti ramai di sini macam saya’. Saya tak sebut kaum. Saya kata ‘you pun kulit macam saya, saya pun putih juga, mata macam saya, you tak sepet, saya pun tak sepet.

“Betul tak? Dia lain sikit, dia sepet. Okey, kemudian kulit macam saya, darah macam saya, yang ramai ada sini. Betul tak? Sebab itu, saya minta supaya kita sama-sama bangun menentang pengkhianatan yang membawa orang asing mengibar bendera negara asing dalam negara kita. Tak pilih kaum,” jelasnya.

Menurutnya, persoalan utama adalah tindakan mengibar bendera asing di tempat awam oleh orang luar, yang dilihat seolah-olah merayakan satu kemenangan.

”Saya minta bangun, kita menentang kepada pengkhianatan itu tak kira Cina, tak kira bangsa. Di mana usul penghasut? Jadi, saya kurang berpuas hatilah dengan keputusan yang dibuat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tetap akur dengan keputusan walaupun tidak puas hati.

“Kita sebagai pembuat undang-undang dan mereka pelaksana undang-undang. Peraturan keputusan kita akur, walaupun dengan hati yang tidak berpuas hati.

“Tetapi kalau ada pihak pula yang membela orang yang salah, rasa kurang adillah. Contoh di Raub, melanggar undang-undang, ambil tanah dan tanam. Bila tindakan hendak diambil, pembuat undang-undang pula membela pelaku salah.

“Begitu juga yang berlaku di sini, mengibar (bendera). Persoalan saya dari awal, mengibar bendera waima dalam Perlembagaan kita, siapa juga, orang tempatan atau orang luar, mengibar bendera asing adalah satu kesalahan.

“Saya mengajak wahai rakyat Malaysia semua, kita bangun menentang kepada perkara itu. So perkara itu dibangkit oleh pihak pembuat undang-undang mengatakan ini menghasut.

“Saya menghasut rakyat Malaysia supaya bertindak menentang mereka yang melanggar undang-undang. Kan? Tapi ini diambil tindakan. Saya tak tahulah apa yang berlaku.

“Jadi kita akur dengan keputusan yang ada sendiri yang banyak kepincangan dia dan saya harap kepada yang mendengar semua rakyat Malaysia, kita harus bangkit perbetulkan keadaan
ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/4/2025

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!