Isu ‘Abang Belon’: Tidak mencerminkan etika penjawat awam

- Advertisement -

TINDAKAN agresif penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelut dan menahan seorang peniaga belon tanpa lesen pada Jumaat dianggap tidak wajar dan mencerminkan penyalahgunaan kuasa terhadap golongan peniaga kecil.

- Advertisement -

Penguat kuasa bertindak keterlaluan luar etika fail meja perlu diberi kaunseling dan latihan intensif psikososio, iaitu kefahaman perilaku dan kemasyarakatan dalam ruang dan konteks penguat kuasa perlu menjalani reformasi agar bertindak dengan penuh tatalaku empati, bukan kekerasan selaras kerjaya sebagai penjawat awam di agensi kerajaan tempatan.

Tindakan DBKL dilihat kejam dan rakus tapi berlakon dengan pemungut besi Rohingya konon sopan santun menjaga adat Melayu tetapi perbuatannya dilihat salah guna kuasa kerana berniaga tanpa lesen babit kes sivil bukan jenayah.

Antara sebab mereka tidak dibekalkan senjata api atas sebab tidak terlatih dan gagal mengurus emosi dan fail meja apabila berdepan situasi rumit seperti kes peniaga petai, penjual mineral dan peniaga belon.

Peniaga dalam kalangan anak muda mahupun dewasa mencebur bidang keusahawanan ingin membina kehidupan diri dan keluarga malah menyumbang kepada ekonomi negara bukan ke simpang jenayah yang membebani keluarga dan negara.

Peniaga kecil bergelut untuk meneruskan hidup dalam keadaan kadar sewa yang tinggi serta kegagalan kerajaan mengawal harga barang, agensi penguatkuasaan pula memilih untuk bertindak keras terhadap golongan terkesan dan terlinggir dalam kemelut kos sara hidup.

Tindakan kasar akan melemahkan semangat anak muda berniaga dan menyemai tanggapan pihak berkuasa menindas berbanding solusi penyelesaian yang adil. Kerajaan yang ikhlas ingin membangunkan ekonomi anak muda perlu melihat tindakan kasar penguatkuasa tidak adil dan melanggar hak asasi mereka di negara berdaulat.

Pendekatan lebih berperikemanusiaan seperti menyediakan lebih banyak medan atau ruang untuk peniaga kecil atau menawarkan permit sementara lebih berhemah dan profesional dalam mendepani pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat pasca-Covid lalu.

Kasus yang disebar luas di media medsos mencerminkan kegagalan pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas dengan adil dan menunjukkan kelemahan dalam menyokong belia berjinak-jinak dalam perniagaan.

Oleh itu, penguatkuasa perlu menggunakan akal budi atau menawarkan solusi lebih adil bukannya pendekatan keras yang memburukkan keadaan golongan rentan kerana salah mengundi punca mereka rebah tersungkur. – HARAKAHDAILY 30/3/2025

Dr Zulkeflee Yaacob

Penulis ialah psikososio yang juga Pakar Penasihat Jawatankuasa Wanita Kelantan.

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!