Terengganu umum 30 Mac, cuti khas Aidilfitri

Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad, 30 Mac ini, sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Aidilfitri 1446 Hijrah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga dengan lebih selesa..

- Advertisement -

“Kerajaan negeri bersetuju untuk menjadikan Ahad, iaitu 30 Mac 2025 sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) sempena Aidilfitri 1446 Hijrah bersamaan 2025 Masihi.

“Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, semalam.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan memaklumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac di 29 lokasi seluruh negara.

Pengumuman rasmi mengenai tarikh 1 Syawal akan dibuat pada malam itu melalui siaran radio dan televisyen.

Penetapan tarikh Aidilfitri di Malaysia adalah berdasarkan kaedah rukyah dan hisab yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. – HARAKAHDAILY 26/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!